Sedih la plak...

Mlm ni merupakan malam terakhir aku bersama dgn housemate aku di Apartment Damiana, Proton City... .

Esok merupakan peperiksaan aku yg terakhir di UPSI..
Esok merupakan hari terakhir aku di Tanjung malim..
Esok merupakan hari terakhir aku bersama dgn kawan2...

Ntah bile bleh jumpe drg2 ni..
Mcm2 kisah suka & duka...

Sedih plak nk berpisah ngan drg ni...
Pertemuan yg sgt2 singkat.. Hanya selama 7 bulan shj..

Semester 2 barulah kami semua boleh mengenali antara 1 sama lain..
disebabkan bilangan yg terlalu ramai dalam kelas buatkan kami kurang bergaul pd sem 1..

Tapi bila dipecah2kan kepada 3 kumpulan, kami jadi rapat..
hampir boleh mengenali kesemua pelajar course kami..

Sangat seronok zaman belajar.. teringat aku kali pertama aku berpisah dgn ahli keluargaku apabila terpaksa melanjutkan pelajaran ke Akademi Infotech Mara (AIMBP)  ~ walaupun aku tak rela pd waktu itu..

Tetapi kawan2 di sana amat mesra & kami cepat bergaul.. dalam masa xsmp 4 bulan, aku dpt panggilan UiTM untuk buat Diploma juga.. Waktu itu, aku sgt teruja sbb mmg aku berniat mahu melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam..Juga aku dapat menyesuaikan diri aku di sana..

Selepas 3tahun, aku menangis sewaktu nk berpisah dgn mereka2 ini..

Setahun kemudian, aku dpt melanjutkan pelajaran lagi ke peringkat Ijazah..juga di uitm Shah Alam..
Alhamdulillah... hanya Allah shj yg tahu betapa gembiranya hati aku ketika itu...

Aku bergelar pelajar sekali lagi.. cuma kali ini dengan diri yg matang sedikit dr dahulu..
Selepas 2tahun stengah, aku tamat dan bekerja hampir 2 tahun..

lepas tu, aku dpt buat diploma pendidikan di sini.. dan berakhir esok...
selepas ini aku akan menjalani praktikum di Batu Pahat...

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku....
Dan diharapkan dengan cita2 & niat suci aku untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya mendidik generasi akan dtg...

Kawan-kawan, doakan saya ya... Insya'Allah..
Semoga aku & rakan2 tabah...

Aku doakan rakan2 ku berjaya menamatkan praktikum dengan jayanya...
Semoga kalian tabah dengan generasi kini...

*** panjang plak luahan aku mlm ni... Layan perasaan namanya.. hehehe..

Comments

Popular Posts