Merangsang Hubungan Yang Hambar
dapat info ni dari web GUA ... bukan ingin menujukan ini kepada sesiapa.. tetapi hanya ingin berkongsi informasi.. hehe..
****************************************************************
Hambar itu terjadi bukan mengambil masa sehari. Satu jangkamasa yang panjang terlibat sama apabila graf perhubungan bergerak secara mendatar. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi pasangan untuk merangsang kembali perhubungan ke tahap yang mengujakan apabila perasaan masing-masing sudah tidak kena. Mengapa perasaan hambar meresap ke dalam perhubungan juga perlu diambil kira dalam usaha untuk memulihkannya. GUA ingin menyenaraikan 5 sebab yang mungkin menyebabkan kehambaran menular ke dalam perhubungan kekasih ataupun suami isteri.
Kurang Peduli – Oleh kerana pasangan sentiasa di sisi, apa yang dilakukannya tidak penting lagi, apa yang dicapai olehnya tidak membanggakan lagi, apa yang diperkatakannya tidak mendapat perhatian lagi. Masing-masing buat tak endah tentang pasangan dan telah menjadi resam manusia apabila sudah mendapat sesuatu, mata menular ke benda yang baru dan yang lama diabaikan. Kurang peduli terhadap pasangan akan menjadikan hati yang menanti-nantikan perhatian tawar dan kosong apabila sekian lama tidak dikerling.
Kurang Hormat – Isu hormat menghormati ini jika tidak diambil kira memang akan menyebabkan rosaknya sesebuah perhubungan. Adalah amat penting untuk menjaga hati dan perasaan pasangan, air muka serta maruah dirinya. Jangan kerana telah terlalu biasa semuanya diperkotak-katikkan, lantas menjadikan pasangan itu tiada kedudukan yang wajar dalam hidupmu.
Perangai-Perangai Kecil Yang Menjengkelkan – Melepas angin di mana suka, aktiviti mengorek berlaku tidak kira masa, terlalu berkira apabila bersama dia, berpakaian hantam keromo asalkan ada merupakan contoh-contoh perangai yang menjelikkan. Ramai yang mengatakan bukan perkara-perkara besar yang menjadikan hubungan hambar tetapi aksi-aksi kecil yang menyakitkan hati secara berterusan ini yang tidak dapat mengekalkan keterujaan.
Terlalu Mengambil Kesempatan – Dia menyayangi aku, jadi apa pun yang aku buat, dia tak kisah, apa pun yang aku minta dia akan tunaikan, apa pun perangai yang aku tunjukkan dia akan setia. Realitinya tidak begini. Sayang memanglah sayang tetapi apabila sayang dijadikan sebab untuk mengambil kesempatan, pasangan akan terasa dipermainkan.
Faktor Biasa – Biasa akan muncul dalam perhubungan sooner or later kerana sering bersama dan berkongsi kehidupan tetapi apabila biasa menjadikan masing-masing tidak ambil pusing, biasa itu perlu diminimakan. Sebagai contoh, apabila suami pulang dari kerja, biasalah dia ambil air sendiri. Apabila isteri merungut penat melayan anak dan membuat kerja rumah, biasalah dia berleter. (ini yg bahaya nih... tp bila difikirkan balik, bnyk lg contoh lain kan..)
Jangan membiarkan perhubungan hambar terus merundum. Lakukan perubahan untuk mendapatkan perhubungan yang lebih merangsangkan dan sihat. Jaga hormat ke atas pasangan anda tidak kira dalam apa situasi sekali pun. Ingat lagi di awal-awal perhubungan bagaimana anda menjaga perlakuan, tutur kata, penampilan apabila berjumpa dia; lakukan itu di sepanjang perhubungan. Elakkan daripada menunjukkan perangai-perangai tidak senonoh di depan pasangan, sebagai contoh jangan melepas angin di mana jua atas alasan kamu dan dia sudah biasa.
Apabila hormat itu wujud, insyaallah yang lain akan jadi betul. Bukan perempuan terhadap lelaki sahaja, hormat itu perlu datang dua hala. Tatkala isteri mengadu penat menjaga anak-anak dan mengurus rumahtangga, lakukan sesuatu untuk mengatakan anda memahami. Sebagai contoh, suruh isteri pergi tidur awal dan anda mengelola rumahtangga ketika dia berehat. Bukan sekadar mengatakan anda memahami tetapi anda meneruskan menonton televisyen dan membaca surat khabar sedangkan isteri terus mengelola anak-anak dan menguruskan rumahtangga ketika anda berehat. (ni xbekerjasama namanya ni.. bahaya nih..seeloknye kalo same2 buat kan..walaupun isteri tu suri rumah..luangkan masa anda bersame2 menguruskan rumahtangga.jgn serahkan tanggungjawab bulat2 pd isteri..ade plak tu yg suami g keje..balik uma buat dek je tgk isteri terkontang-kanting uruskan rumahtangga.pastu plak xhargai langsung pengorbanan isteri yg dok kat uma tu..skali skala bwk la gi jenjalan ke..bg isteri tu release tension sket. ini x..kire hubungan tu jd hambar.xromantik plak tu.)
Ambil masa untuk meraikan cinta anda berdua. Kesibukan harian menjadikan kita terlupa untuk meraikan cinta. Pilih satu hari untuk anda dan pasangan fokus terhadap kamu berdua. Makan bersama, shopping bersama, berborak dan sebagainya. Jangan bawa anak-anak, masa berkualiti ini untuk anda berdua. Sewa bilik hotel untuk dihabiskan semalam dengan isteri. Suruhlah siapa-siapa jaga anak semalam, tentu mengujakan. Yang belum berumahtangga, jangan cuba yang ini pula.
Tarikh-tarikh penting dalam perhubungan jangan tidak diambil peduli. Raikan walaupun secara sederhana. Bukan harga barang yang menjadikan hari-hari ini bermakna, ingatan anda terhadap orang yang anda sayang itu yang penting.
Tiada rahsia untuk merangsang kembali perhubungan, kita hanya perlu kembali ke asal kerana pada awalnya kita teruja dengan pasangan masing-masing. Hormat, bertimbangrasa, mengambil berat, prihatin terhadap pasangan masih lagi diperlukan walaupun sudah berpuluh tahun mengenali.
*********************************************************************************
bende2 yg dulu buat bersama2 perlu dikekalkan.. ataupun jadi lebih kreatif dalam perhubungan.. xde la yg lg sorang tu rasa mcm 'something' je nanti.. plan sesuatu untuk meluangkan masa kualiti berdua.. bile diperhatikan, ramai pasangan yg da berkahwin mengabaikan masa kualiti berdua..
alasan yg mereka beri:
* duit xde..
** perlu ke buat bende ni sume?? mcm membazir je..
*** aku sibuk..!!
kite perlu belajar sesuatu.. jadikan cerita2 di luar sana sebagai pengajaran & iktibar.. jgn pandang remeh bende2 mcm ni.. itu salah satu sbb kenape perhubungan menjadi hambar.. aku tgk kadang2 sebelah pihak ni merancang.. tetapi mendapat sambutan yg dingin oleh pilhak yg 1lagi.. hmmm...bahaya neh..
wassalam...
FootNote: pandai btol aku bg komen kan..heheh..no experience at all.. just learn from others..

Comments