Internet Addicted..

wow!! topik tak hengat... hehehe..


well.. actually, sy terbaca bende ni kat Scukz yg mane page yg sy selalu lepak.. (sebenarnye utk d/load lagu jekk..hehehe) tp sy selalu ape baca bende2 yg derang post.. n i think i wanna post it here..



* ok.. copy and paste starts..



Khai mengulas skit pasal satu artikel kat Majalah PC. Kalau korang Kipas Susah Mati Majalah Pc, sure dah tahu pasal benda ni. Benda ni betul betul memeranjatkan khai dan mungkin akan memeranjatkan korang nanti.. Hehehe ... adakah korang layan pc 25 jam sehari? kalau betul, lebih besar la kemungkinan korang untuk mendapat satu penyakit ni. Penyakit ni dipanggil HIV IAD (Ketagihan Menggunakan Internet). Bila khai baca artikel tu, agak terkezut gak. Maklumla diri sendiri pon dah terkena. Ntah ntah korang pon kene kot. Hehehe.. Okies kita mula dengan Jenis jenis ketagihan internet.





Menurut kajian Center of Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklisifikasikan kepada lima ketegori utama. Nak tahu ape ketegori tu? sila read more....






1. Ketagihan mendapatkan

maklumat - benda ni bergantung kepada seseorang individu yang mencari maklumat
di internet secara berlebihan. Sampai x ingat makan, minum, mandi, nengok tv dan
lain lain.





2. Ketagihan menggunakan

komputer - benda ni pula bergantung kepada seseorang individu yang banyak
menghabiskan masanya depan komputer, Terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam
bidang pengatucaraan dan juga yang kaki computer game tu. ahakss...



3. Ketagihan bahagian bahagian

tertentu dalam internet - Ia merujuk kepada invidu yang gemar berkenjung ke
bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnye website perjudian, website
barangan lelong macam ebay tu, dan juga main game online.





4. Ketagihan hubungan Cyber -

Wow, ni special ni. ade yang ketagih main internet bila dah mula berkenalan
dengan si Dia. Sehari kalau x online, khai rasa mau diorang ni rasa hidup ni x
sempurna gitu. ahakss.. ketagihan ni biasanya menerusi YM, MSN, ICQ, MIRC dan
lain lain.





5. Ketagihan Seksual Cyber -

Ketagihan ni lagi la x guna. Ianya merujuk kepada individu yang online
berjam-jam di internet semata mata melayari lawan web pornography.. atau kalau
ikut bahasa budak budak zaman skang ni, website blue !!! wow .. syok mmg syok..
tapi ingat, berdosa beb!!





Yang ni Plak

simptom-simpton bagi mereka yang mengalami ketagihan.
Khai agak terkejut kerana semua yang tersenarai kat bawah ni, semuanye khai kena
.. kakakaka .... parah ni .. huhu...





1. Sentiasa memikirkan tentang
internet, berkhayal tentang ape yang berlaku di dunia cyber dan akan merasa rugi
atau kecewa bila x menggunakan internet ni walaupun sehari. ermm, macam khai,
time mandi pon leh teringat pasal scukz.com ni. hehehe





2. Gelisah atau tidak tentu
arah sekiranya tidak menggunakan internet.. huhu.. khai paling tension kalau
balik kampung. coz kat sana x de internet.. memang x tentu arah dibuatnye!!





3. Sukar untuk berhenti dari
menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya. Dalam
kes ni, kalau nak tahu, pc khai dah berapa minggu tak tutup. Hahaha ...





4.Yang terakhir, mengalami
gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan
menekan keyboard atau tetikus ... Haha.. benda ni x yah cakap la .. mesti ramai
kene kan? kalau hari hari korang menaip, pastu bila korang x menaip, sure jari
jemari korang tu gerak sendiri.. hehe .. pelik wooo ...





Menurut Majalah PC tu, kesan
daripada ketagihan ni akan membawa kepada kemurungan dan suka menyendiri
disebabkan jarang bertemu dengan dunia luar. Untuk Khai memang betul sangatlah
tu, macam khai skang ni, jangan harap la nak pergi kenduri khawin .. menyampah
betul.. hehehe!! .. Ade juga disebutkan pasal kemerosotan pelajaran, rosak
akhlak dan macam macam lagi. Benda x elok ni maybe jadi untuk mereka yang
ketagih website blue tu. Macam khai rasanya x de plak masalah akhlak dan
pelajaran pon x la teruk mana .. Heheh ..





So tu je la info yang nak share
ngan korang. Tanye diri korang, adakah korang pon dah terkena simptom ni? kalau
kena, kita geng la beb!!! Hehehe




*copy n paste ends..



hmmm.. ade kategori jugak ekk.. huhuhu..



erk!!

Comments

Popular Posts