Disebalik kehidupan ini...
eheks..aku amik mende ni dr web tokei kedai.. ihiks..
Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
Orang yang membujang adalah orang yang belum
menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup
dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian
diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah
dia masuk ke liang kubur.
Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana
perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.
Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini
hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan
segala-galanya.
Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan
suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan
sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya,
maka dia telah menjual kemerdekaannya.
Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis
dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila
ia menginginkan sesuatu.
Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak
mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut
sampai saat dia berkhawin.
Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa
didampingi oleh isteri yang mulia.
Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula
pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam
pada ucapan suaminya.
Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di
dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap
bulan tanpa henti.
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik,
yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan
kecantikan.
Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah
jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua
lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan
perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan
berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan
isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita
yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah
kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
.
Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami
meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia
berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya
Comments