.cara menghalau roomate.

.Cara menghalau room mate.

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang ko dan bagitau roommate ko nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw tiada org d rumah. unpack
segala brg ko & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat hati "horee...ko dah balik". lepas tu menari dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg"

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak!!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas
seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau
lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu
cakap, "Siot betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan
menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

8. pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

10. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate ko.

13. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

14. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambi makan kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok wayang.

15. Masa roommate ko xde, ambil deodorant dia. Lepas tu sapukan kat seluruh dinding
bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodorant tu habis.

16. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd ko.

17. (Khas Untuk Lelaki Sahaja) Pegang & gosok-gosok rambut roommate ko sambil berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

18. Sembunyikan seluar dalam/baju dalam ko yg telah dipakai bawah bantal roommate ko. Bila dia balik, komplen yg seluar/baju dalam ko hilang. Toksah nak ngada2 pegi cari kat lain, pegi straight kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate ko gila seks...

erm.. i'm wondering.. ade ke org nak try ekk?? not bad.. this is a worth trying.. wahahah... aku dpt bende nih dah lame... tp cr balik sebab nak simpan utk masa depan.. kot² ler dpt sambung lagi... nak jugak try buat... *evilsmile*

Comments

Popular Posts